Pages

Tuesday, December 4, 2007

Sistem Pengelasan Perpuluhan Dewey

Definisi

Mengelas bermakna mengumpulkan bahan-bahan yang sejenis/berkaitan, dan diletakkan setempat/berdekatan.

Jenisnya adalah:
  • Subjek
  • Media

Tujuan Pengkelasan
  • mengesan
  • mencapai
bahan dicari dengan mudah, dengan bantuan yang paling minima dari pustakawan.


DDC - Sistem Pengkelasan Dewey

  • Sejarah sistem:
    • Ciptaan Mevil Dewey 1876
    • Telah disunting beberapa kali
    • Edisi 20 ialah pada 1989
    • Edisi 21 ialah pada 1996
  • Kementerian Pendidikan telah memilih DDC kerana mudah difahami dan kesesuaiannya dengan koleksi sekolah.

Sepuluh Bahagian Utama Dalam DDC
Bahagian Kecil Dari Bahagian Utama

10 Bahagian Utama dengan NOTASI dalam DDC
  • 000 Karya Am
  • 100 Falsafah
  • 200 Agama
  • 300 Sains Sosial
  • 400 Bahasa
  • 500 Sains Tulin
  • 600 Teknologi
  • 700 Kesenian
  • 800 Kesusteraan
  • 900 Geografi & Sejarah

Pembahagian Kecil Dari Bahagian Utama



Pembahagian Lebih Khusus


Pembahagian Lebih Khusus (Contoh)

  • 590 Haiwan
    • 595 Invertebrata
    • 597 Ikan/Ampibia
    • 598 Burung
    • 599 Mamalia

Pembahagian Mengikut Geografi & Sejarah

Geografi Kawasan Sejarah
915 Asia 950
915.9 Asia Tenggara 959
915.95 Malaysia 959.5
915.955 Brunei 959.55


Pembahagian Mengikut Bahasa & Kesusteraan

Bahasa Kesusteraan
  • 420 Inggeris 820
  • 430 German 830
  • 440 Perancis 840
  • 450 Itali 850
  • 460 Sepanyol 860
  • 470 Latin 870
  • 480 Gris 880

Peruntukkan Nombor DDC Untuk Bentuk Penulisan
-01 Falsafah dan teori
-02 Pelbagai (ilustras, direktori, radas)
-03 Kamsu, Insaiklopedia
-04 Tajuk khas
-05 Terbitan bersiri
-06 Organasasi dan pengurusan
-07 Pendidikan, Penyelidikan
-08 Sejarah/huraian mengikut peringkat umur orang
-09 Dari sudut sejarah


Panduan Mengelas
  • Karya itu sendiri
    • jadual kandungan
    • pendahuluan
    • ciri-ciri istimewa
    • teks
    • tajuk
  • Dari punca lain
    • buku rujukan
    • pakar

Langkah Mengelas
  • Pilih nombor DDC berdasarkan
    • tentukan bahagian utama bidang berkenaan
    • dapatkan bahagian kecil
    • pilih nombor yang paling tepat
  • Letakkan bahan di bawah nombor pengkelasan yang anda fikir paling sesuai dan akan dicari oleh ramai orang.
  • Jikal lebih daripada satu perkara atau aspek dibincangkan,
    • Pilih satu nombor pengkelasan yang dapat merangkum semua perkara atau aspek tersebut
    • Pilih perkara yang ditegaskan melalui jumlah muka surat, ataupun perkara yang mencerminkan hasrat penulisnya.
    • Jika dua perkara diberi penekanan yang sama, pilih mana yang disebut dahulu.

Panduan Am Pengelasan

Sesebuah buku atau bahan itu perlulah diberikan nombor pengelasan yang anda fikir paling sesuai dan yang akan dicari oleh ramai pengguna.

Anda hendaklah ada alasan mengapa sesebuah buku atau bahan itu diletakkan pada nombor yang anda pilih itu.


Bahan-bahan Khas

Buku-buku Rujukan biasanya dikelaskankan sebagai satu bahan khas, dan ada peraturan khas untuk meminjamnya. Buku ini biasanya dibezakan daripada koleksi lain dengan menambahkan ‘R’ sebelum nombor pengelasannya.

Nombor pengelasan (DDC) bagi Fiksyen Melayu ialah 899.23. Biasanya sepertiga daripada koleksi PSS di sekolah rendah, ialah fiksyen. Untuk memudahkan kerja, pustakawan boleh menggantikan nombor ‘899.23’ kepada ‘F’.


Bahan Khas (Bentuk Bahan)

Dengan perkembangan teknologi maklumat yang pesat, bentuk media juga turut berubah. Supaya mudah diakses, bahan-bahan seperti keset video, keset audio, cakra padat dan lain-lain perlu dikhaskan kelas dan tempatnya.

Contohnya:

CD782.42 - Cakra padat lagu Melayu

VID591.5 - Pita vedio mengenai Gajah


Nombor Panggilan

  • Nombor Panggilan ialah alamat kepada bahan-bahan dalam pusat sumber.
  • Ia terdiri daripada:
    • Nombor Pengelasan
    • 3 Abjad awal ‘entry utama’.
  • Biasanya ia ditulis / dipaparkan di bahagian bawah tulang (spine) buku.







Tuesday, June 12, 2007

Pertandingan NILAM Daerah Batu Pahat 2007


Telah dijalankan pada 13 Feb 2007 di SK Banang Jaya dan dirasmikan oleh KPP PSPN Johor, Tn Hj Paridin Jais. Berikut adalah senarai pemenang mengikut kategori:

A. Sekolah Menengah Bandar
1. Lam Shu Jie - TIGS
2. Nur Syazrina bt Haron - TIGS
3. Soh Wen Chiat - SM Tinggi Bt Pahat

B. Sekolah Menengah Luar Bandar
1. Nur Syaza bt Ismail - SMK Dato Seth
2. Hanafi b Md Jais - SMK Dato Sulaiman
3. Suriana bt Md Yusof - SMK Dato Seth

C. Sekolah Rendah Bandar
1. Fairuz Najihah bt Kamarudin - SK Tengku Mariam
2. Najihah bt Haron - SK Tengku Mariam
3. Faqryza bt Mardeyah - SK Tengku Mariam

D. Sekolah Rendah Luar Bandar
1. Rizal Faiz b Rosman - SK Peserai
2. Syed Muhammad Azfar Nazmi b Syed Nazim - SK Peserai
3. Nur Izzirianna bt Mat Zazali - SK Air Hitam

E. SK Kurang Murid (SKM)
1. Imanur Ariffah bt Mohd Yazi - SK Pt Ju
2. Mohd Fazry b Hamis - SK Pt Ju
3. Mohamad Hariz Soffan b Mat Nawi - SK Pt Ju

Thursday, May 10, 2007

Panduan Fail Kuasa



Pengenalan Kepada
Fail Kuasa
Pusat Sumber Sekolah.

1.1 PENGENALAN / DEFINISI

Fail Kuasa (Authority File) merupakan rekod penting tentang dasar/polisi dan keputusan yang diambil mengenai satu-satu prosedur. Ia merupakan satu rekod tentang pernyataan dasar yang harus dirangka secara kolektif dan perlu diubahsuai dari masa ke semasa mengikut keperluan.

1.2 TUJUAN MENYEDIAKAN FAIL KUASA
PSS

1. Tidak menjejaskan pengurusan PSS apabila berlaku pertukaran Guru Penyelaras
PSS.

2. Guru baru dapat terus menyambung kerja dan tugas dengan merujuk Fail Kuasa
yang disediakan.

3. Mengelakkan berlakunya percanggahan idea di kalangan AJK dan kakitangan PSS.

4. Dapat mewujudkan satu penyelarasan dan kesinambungan dalam pengurusan dan
pentadbiran PSS.

1.3 PERINCIAN ISI KANDUNGAN DALAM
FAIL KUASA PSS

Bab 1: Pengenalan kepada Fail Kuasa Pusat Sumber Sekolah

1.1 Pendahuluan / definisi
1.2 Tujuan
1.3 Isi kandungan
1.4 Prosedur pindaan

Bab 2: Maklumat Pusat Sumber Sekolah

2.1 Sejarah Penubuhan PSS
2.2 Lokasi PSS (pelan)
2.3 Visi PSS
2.4 Misi PSS
2.5 Piagam PSS
2.6 Matlamat PSS
2.7 Objektif PSS
2.8 Fungsi & Peranan PSS

Bab 3: Jawatankuasa Pentadbiran Pusat Sumber Sekolah

3.1 Jawatankuasa Induk PSS (struktur organisasi & senarai tugas)
3.2 Jawatankuasa Kerja PSS (struktur organisasi & senarai tugas)
(Senarai nama AJK boleh dimasukkan dalam Fail Kuasa)

Bab 4: Pengawas Pusat Sumber Sekolah

4.1 Badan Pengawas PSS (struktur organisasi)
4.2 Kriteria memilih Pengawas PSS (borang kebenaran & surat lantikan)
4.3 Senarai Tugas Pengawas PSS

Bab 5: Peraturan Pusat Sumber Sekolah

5.1 Peraturan Am
5.2 Peraturan Khusus
5.3 Peraturan Penggunaan alat / ruang (bilik)
5.4 Peraturan Pinjaman & Pemulangan Bahan / Alat

Bab 6: Pengurusan & Pentadbiran Pusat Sumber Sekolah

6.1 Pengurusan Sistem Fail PSS
6.2 Format rekod-rekod Penggunaan, Pinjaman & Pemulangan
6.3 Rancangan Tahunan PSS
6.4 Laporan PSS (bulan & tahun)
6.5 Manual Prosedur Kerja (MPK)
6.6 Fail Meja (FM)
6.7 Rancangan Pembangunan PSS
6.8 Dokumentasi

Bab 7: Koleksi Bahan Pusat Sumber Sekolah

7.1 Dasar pemilihan buku dan bukan buku
7.2 Prosedur koleksi buku dan bukan buku (jenis, nisbah, bahasa dll)
7.3 Proses pemilihan dan pemerolehan bahan / alat
7.4 Kriteria pemilihan dan pemerolehan bahan
7.5 Pemeliharaan dan pemuliharaan koleksi PSS

Bab 8: Kewangan Pusat Sumber Sekolah

8.1 Punca kewangan
8.2 Anggaran Perbelanjaan
8.3 Laporan Kewangan
8.4 Prosedur Kewangan

Bab 9: Organisasi Bahan Pusat Sumber Sekolah

9.1 Pengelasan
9.2 Proses Teknik
9.3 Rekod-rekod perolehan
9.4 Katalog
9.5 Lokasi dan penyusunan

Bab 10: Aktiviti Pusat Sumber Sekolah

10.1 Mesyuarat
10.2 Kursus / bengkel
10.3 Pertandingan
10.4 Program perkembangan staf
10.5 Minggu PSS
10.6 Promosi PSS
10.7 Aktiviti galak guna PSS
10.8 Program bacaan

Bab 11: Stok & Inventori Pusat Sumber Sekolah

11.1 Pengurusan Kew 312, 313 & 314
11.2 Penyelenggaraan
11.3 Semakan stok (buku, bahan bukan buku, perabot & peralatan)
11.4 Daftar Pergerakan Harta Modal & Inventori

Bab 12: Sirkulasi / Edaran Bahan Pusat Sumber Sekolah

12.1 Sistem sirkulasi
12.2 Kad keahlian
12.3 Pinjaman berkelompok

Bab 13: Perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah

13.1 Jenis-jenis perkhidmatan
13.2 Waktu perkhidmatan


Bab 14: Automasi Pusat Sumber Sekolah

14.1 Sistem yang digunakan
14.2 Menu utama











































1.4 PROSEDUR PINDAAN